Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Welcome FRIENDS,
Welcome to my BIZ CHANNEL ONLINE.


Saturday, October 30, 2010

Anak Yatim Munawarah Care


SEJARAH PENUBUHAN

Penubuhan Rumah Kebajikan Anak Yatim & Miskin Al-Munirah ini telah di ilhamkan oleh Pengerusi Persatuan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Al-Munirah iaitu Haji Mohd. Termizi b. Ismail dan direalisasikan oleh beliau melalui persetujuan sahabat handai serta dorongan penduduk Kampung Johan Setia yang bersedia menyumbang tenaga dan fikiran sebagai sukarelawan bagi menjayakan cita-cita ini
.
Sebagai langkah pertama beliau telah menganjurkan perjumpaan pertama pada 8 Januari 2002 dengan dihadiri seramai 18 orang jawatankuasa penaja. Maka, pada tarikh tersebut telah tertubuhnya secara rasmi jawatankuasa penaja Rumah Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Al-Munirah dengan dipengerusikan sendiri oleh Haji Mohd. Termizi b. Ismail.

Jawatankuasa penaja ini berperanan mencari dana bagi membeli tapak tanah untuk didirikan sebuah bangunan kediaman bagi menempatkan anak-anak Yatim dan sebagai pusat operasi Rumah Kebajikan Anak Yatim & Miskin Al-Munirah.

Hasil usaha gigih selama hampir setahun, ahli jawatankuasa penaja akhirnya telah berjaya mengumpul RM 450,000.00 bagi membeli sebidang tanah (1.0165 ekar ) untuk dijadikan tapak bangunan Rumah Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Al-Munirah.

Setelah segala urusan pembelian tanah selesai ahli jawatankuasa penaja dan ahli Persatuan yang lain telah meneruskan usaha mencari dana bagi menjayakan rancangan untuk membina sebuah Rumah kediaman dan pusat operasi Rumah Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Al-Munirah.

MATLAMAT PENUBUHAN

Di antara matlamat utama penubuhan Rumah Kebajikan ini adalah seperti berikut :
Menempatkan anak-anak Yatim di kawasan Kampung Johan Setia dan Klang khususnya dan Negeri Selangor serta Malaysia umumnya.
Memberi bantuan persekolahan, pengajian dan didikan.
Meringankan beban keluarga yang tidak berkemampuan melalui bantuan kewangan dan program perusahaan kecil kepada ibu tunggal.
Melatih mereka berdikari pada masa hadapan.
Memelihara kesucian agama dan aqidah di dalam diri mereka.
Memberikan pembelaan yang sewajarnya terhadap anak yatim dan golongan miskin.
Memberikan galakan kepada masyarakat Islam supaya menyertai ibadat sedekah dan infak di jalan Allah.

PENDAFTARAN PERTUBUHAN
Pendaftaran Pertubuhan sebagai satu pertubuhan yang sah telah dibuat pada 15 Ogos 2002. Pertubuhan didaftarkan atas nama “Persatuan Kebajikan Anak Yatim & Miskin Al-Munirah.”
Sijil pendaftaran Persatuan telah diperolehi pada 25 Jun 2003 dengan nombor pendaftaran 991.

KEMASUKAN PENGHUNI
Rumah Kebajikan Anak Yatim ini beroperasi sepenuhnya pada awal 2005 dan memulakan pengambilan Anak Yatim, Yatim Piatu dan Miskin secara secara berperingkat. Walau bagaimanapun, program dan sumbangan bersama anak yatim dan ibu tunggal yang berdaftar dengan Persatuan telah dilaksana dan disalurkan secara berterusan sejak diawal penubuhan lagi.

Memandangkan ruang yang agak terhad Rumah Anak Yatim ini hanya mampu menempatkan seramai 35 orang peserta pada bulan November 2005 dan sehingga ke hari ini Rumah Kebajikan Anak Yatim & Miskin Al-Munirah telah berjaya menempatkan seramai 47 ( 25 pelajar lelaki, 22 pelajar perempuan ) orang Anak Yatim, Yatim Piatu dan Miskin dari sekitar Negeri Selangor, Perak, Pahang, Kelantan dan Terengganu.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
“ Bandingkan (Pahala) orang yang membelanjakan harta mereka di jalan Allah seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah maha luas ( KurniaNya )lagi maha mengetahui.”
( Surah Al-Baqarah : 261 )
Segala sumbangan bolehlah munghubungi Ustaz Khusairi bin Abdullah di talian 016-9969006

No comments:

Post a Comment